Asimilasi Kelab Mahasiswa Rentas Fakulti


Sehingga hari ini, sudah banyak persatuan atau kelab di UTM yang mula membuka kaunter pendaftaran ahli dan mengadakan perjumpaan ahli baru. Saya lihat perkembangan ini suatu yang sihat, mahasiswa masih berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti persatuan dan ko-kurikulum. Budaya ini dimulakan secara aktif bermula dari tahun 1 pengajian agar universiti tidak melahirkan mahasiswa yang tidak berguna untuk agama dan negara.

Saya baru sahaja menghantar testimoni kepada YB Dato` Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkenaan dengan kerangka silibus dan penglibatan pelajar/mahasiswa dalam aktiviti ko-kurikulum (ko-q).

“Pastikan koko tu lebih menjurus kepada pembentukan ciri kepimpinan, kreatif, inovatif, berfikiran kritikal, mahir dalam hubungan interpersonal, dan berfikiran terbuka. jangan hanya sekadar nak penuhi syarat, datang perjumpaan koko, hanya buat meeting tanpa input ilmu yang melangkaui silibus akademik. contoh di utm, koko - penulisan kreatif, ... Read Morecatering, suksis, asas perniagaan, orientering, kelab fotokreatif, okestra, teater, pemikiran kreatif dan penyelesian masalah, pertanian, asas rekacipta, karisma dll. pendek kata, lbh kreatif untuk pendekatan ko-q.

terus terapkan aspek keusahawanan dlm diri pelajar sejak peringkat rendah lg. terapkan aspek kematangan dalam diri pelajar sejak kecil lagi supaya kita dpt melahirkan para pemimpin muda yg lebih matang dari usia. Dato`, kalau 90:10 tu dipraktikkan secara istiqamah dan dgn target outcome yg jelas, insyaAllah dh cukup memadai. tp saya yakin, pemimpin negara lebih memahami keperluan masa depan negara”

15 Julai 2009, Kelab Iqra` UTM menganjurkan MASAB `09 sebagai permulaan untuk mengikat ahli-ahlinya. 16 Julai 2009, Persatuan Mahasiswa Islam menganjurkan Together With PMI, seperti tahun-tahun sebelumnya. Kelab-kelab besar ini lebih bertujuan untuk memperkenalkan pimpinannya dan mempromosikan program-program yang akan datang. Di bangunan SUB, banyak booth2 yang boleh didapati, terdiri daripada kelab-kelab berdaftar universiti seperti Kelab Fotografi, Persatuan Silat Cekak Hanafi dan lain-lain.

Saya cuma ingin mencadangkan supaya, kelab atau persatuan ini lebih proaktif untuk mencari ahli baru bagi menggerakkan persatuan masing-masing. Strategi, terserah kepada kebijaksaan masing-masing. Ada yang suka tampal poster, ada yang suka buka booth di PSZ, SUB dan kaki-kaki bangunan. Tidak kurang ada yang guna surau untuk mencari ‘orang’ mereka.

Zaman berebut-rebut, tarik-menarik dan berkejaran untuk mendapatkan ahli kelab sudah berlalu. Sekarang zaman kebijaksanaan untuk ‘mempromosikan produk’ masing-masing. Sesuatu kelab atau persatuan perlu jelas VMO (visi misi objektif) sesuatu kelab itu ditubuhkan. Dari situlah gerak kerja dan pengisian sesuatu organisasi kepada ahli digerakkan dan dirancang.

Tapi saya melihat, ada juga kelab dan persatuan yang masih belum ‘bangun dari tidur’. Seolah-olah menunggu ahli kelab datang sendiri untuk mendaftar. Ada juga yang terlambat merancang sehingga kesannya turut terlambat.

Ahli kelab seharusnya terdiri dari pelbagai jenis mahasiswa. Saya pernah terfikir untuk mencadangkan kepada PMI untuk membuka keahlian kepada bukan Islam. Saya yakin, ramai yang berminat, cuma belum diberi kesempatan dek keterikatan dengan perlembagaan sesuatu organisasi. Saya juga terfikir, kalaulah Persatuan Robotik di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dibuka keahliannya kepada mahasiswa dari Fakulti Pendidikan dan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), tidakkah menarik?

Apa salahnya kita saling bertukar-tukar ahli kelab dari fakulti, asimilasi bentuk pemikiran. Saya yakin bentuk pemikiran di fakulti yang berlainan ada sedikit perbezaannya. Saya rasa ini bertepatan dengan gagasan 1UTM yang diperkenalkan oleh Dato` Naib Canselor.

Mungkin mahasiswa dari FPPSM tidak berpeluang menyentuh robot-robot UTM, maka dengan usaha ini boleh memberi peluang kepada semua mahasiswa untuk merasa apa sahaja yang menjadi aset UTM. Saya (dari FKM) juga teringin nak bergelumang dengan mahasiswa dari Fakulti Pendidikan, menyelami pemikiran bakal-bakal guru. Kerana golongan mereka yang akan mewarisi proses mendidik anak-anak saya kelak.

Mungkin lepas ini saya dapat melihat pelajar Sains Komputer dapat menyediakan perisian yang lebih efektif, dek kerana lama bergelumang dengan Persatuan Mahasiswa Pendidikan, menyelami apa sebenarnya yang diperlukan oleh para guru untuk mendidik.

Atau mungkin nanti kita boleh melihat bakal-bakal ustaz mula bercakap soal idea untuk merekacipta design kereta zaman moden. Siapa tahu..

2 ulasan/cadangan:

Ismail Sirajudin said...

idealis tul nta ni..good...

Mohd Hafizul Hilmi Bin Mohd Noor said...

err..goreng je tu..huhu

Post a Comment