[Asas Kedatangan Dajal 3] : Kawalan Ekonomi Dunia


Tulisan ini adalah hasil dari adaptasi siri dokumentari yang telah tersebar sejak akhir-akhir ini. Berdasarkan bukti-bukti yang jelas, saya meyakini dan mengambil inisiatif untuk menterjemah video tersebut kepada bentuk tulisan sedikit santai.

Saya juga membuat sedikit rujukan tambahan daripada buku Gerakan Freemanson Sedunia (Harun Yahya), The New World Order Exposed (David Allen Rivera), Gerakan Freemansory (Hijjaz Records Publishing), Membongkar Misteri Dajjal (Hijjaz Records Publishing) dan artikel-artikel yang berkaitan dengannya.

Siri sebelum ini :

[Asas Kedatangan Dajjal 1] : Pengenalan

[Asas Kedatangan Dajjal 2] : Bukti Awal Proses Kemunculan Dajjal


Protokol Zionis
http://s3.tinypic.com/2rd9pw8.jpg
Dalam buku New World Order Exposed, ada menerangkan :

“The Protocols of the Learned Elders of Zion is a 25,000 words document, which contains 24 Protocols by a member of a secret group of Jews, known as the Elders of Zion. It purported to be an outline for the control of the world by the Jews, with the help of the Masons.”

Usaha menggerakkan dan menghalalkan Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Ke-2 dan Perang Dunia Ke-3 juga dirancang dan dipengaruhi oleh Protokol Zionis. Antara perkara utama yang terkandung dalam protokol itu ialah soal merendah-rendahkan martabat bangsa selain bangsa Yahudi. Untuk penjelasan lebih lanjut, baca disini.


Untuk perancangan lebih terperinci, mereka telah menyiapkan suatu pelan yang cukup licik, yang boleh dilihat dalam piramid hiraki yang menjelaskan penguasaan Zionis ke atas manusia yang digelar hamba hutang. Perlu diingat bahawa Zionis juga merupakan salah satu proksi gerakan rahsia Illuminati (seperti gambar di atas) yang merancang menyediakan landasan kemunculan Dajjal. Untuk penjelasan lanjut tentang bagaimana bentuk Dajjal (berbagai pendapat) boleh merujuk kepada buku Membongkar Misteri Dajjal.

Pyramid of Power

Pyramid of Power ini menjelaskan bahawa puncak kekayaan tertinggi perlu dimiliki oleh golongan pewaris takhta Firaun (penurunan takhta dari Mesir Purba - akan dihuraikan dalam siri akan datang), iaitu Crown Council of 13.

Yang akan menanggung segala macam golongan di atas sana ialah HAMBA HUTANG, iaitu golongan rakyat biasa, termasuk rakyat Malaysia. Mereka akan menggerakkan ekonomi yang dirancang melalui istilah Kapitalism, demi memastikan segala keuntungan akan berbalik kepada ‘orang atas’.

Ramai yang menganggap bahawa kewujudan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia dan sebagainya merupakan sebuah tuntutan perkembangan tamadun dan sistem kehidupan hari ini, sedangkan merujuk kepada Pyramid of Power tersebut, ia merupakan sebuah perancangan licik bagi mengikat Negara-negara Dunia Ke-3 dengan segala bentuk hutang yang bertimbun-timbun.

Penubuhan badan-badan penyatuan Negara dunia juga merupakan usaha untuk mengikat Negara-negara ini dengan polisi-polisi dunia tertentu, yang pasti dikawal oleh sekutu Amerika mengikut telunjuk Zionis dan golongan rahsia Illuminati. Yang pasti lagi, segalanya mengikut perancangan ke arah penguasaan dunia, untuk mewujudkan New World Order.


Round of Table

Fungsi Round of Table yang dianggotai oleh individu-individu tertentu adalah untuk mengawal beberapa badan seperti The Trilateral Commission, Royal Isnt International Affairs, Club of Rome, Council on Relation, United Nations dan The Bilderburg Group. Untuk penjelasan terperinci berkenaan badan-badan ini, anda boleh merujuk buku New World Order Exposed.

Berkenaan Round of Table,


“The membership consisted of men who not only had a vast amount of political clout, but some who served in the highest levels of the British government.

Though they are still generally referred to as the Illuminati, from this point on, the Round Table would be the group responsible for perpetuating the conspiracy to establish a one-world government. Members of the Round Table have also been referred to as the “Committee of 300,” or the “Olympians”.

Council on Foreign Relation, The New World Order Exposed.

Kawalan Ekonomi Dunia

Sekarang, mari kita lihat dalam realiti kehidupan kita bagaimana mereka mengawal produk dan industri.
Kebanyakan barangan atau produk/industri pada hari ini merupakan produk kawalan yang dipunyai oleh golongan rahsia yang merancang menguasai segenap segi, termasuk dari segi ekonomi.

Sebagai contoh, kemasukan pasaraya-pasaraya antarabangsa seperti Tesco, Carrefour dan lain-lain merupakan salah satu langkah ke arah itu. Untuk memahami perkara ini, pembaca boleh merujuk kepada tulisan di bawah :

“Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.”


Gambar dibawah menunjukkan perkaitan Pepsi (salah satu produk Yahudi) dengan Illuminati, dimana lambang Illuminati telah diletakkan pada produk antarabangsa Pepsi.

Mari kita berfikir sejenak,

Kemanakah sebenarnya wang yang kita belanjakan setiap hari? Atau persoalan yang lebih tepat ialah siapakah yang kita biayai dengan membeli produk-produk Yahudi? Hakikatnya tanpa kita sedari, kebanyakan wang yang kita laburkan untuk memiliki sesuatu produk merupakan salah satu cara untuk membantu penyaluran wang kepada gerakan ini. Malah, sedar atau tidak kita merupakah salah seorang pembiaya-pembiaya tanpa sedar yang secara tak langsung memberi sumbangan untuk menggerakkan perancangan dasyat ini.

Disinilah peri pentingnya usaha untuk kita memboikot segala produk Yahudi dan seterunya Amerika.

http://selangor2u.com/blog/wp-content/uploads/2009/01/plzboycottisraelproducts.png


Mari mengenali Starbucks


Syarikat Starbuck merupakan pendokong terbesar Israel. Syarikat yang dimiliki oleh Howard Schultz ini menerima beberapa penghargaan dari Israel seperti ‘Penghargaan 50 Tahun Rakan Zionis Israel’ dan sebagainya.

Howard Schultz

Adakah anda faham apakah maksud disebalik logo ‘Star-Bucks’?


Ia bermaksud hasil untung (duit) yang disumbangkan kepada Zionis Israel secara langsung.

Mari kita fikirkan sedikit lagi,

Benarkah kita pada hari ini sebenarnya telah dikuasai dan dikawal oleh Zionis, samada dari segi ekonomi, politik, gaya hidup malah cara kita beragama?


Benarkah kita pada hari ini sebenarnya bergerak dan hidup di atas segala perancangan jahat dan licik Zionis melalui proksi gerakan rahsia Illuminati dan Freemason?

Merujuk kepada Protokol Zionis, benarkah kita bekerja untuk agenda mereka?



HafizHilmi : Suka untuk saya ingatkan kepada pembaca bahawa tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memberi kefahaman secara tuntas tentang perancangan New World Order. Tetapi hanya sebagai catalyst untuk menimbulkan rasa MAHU TAHU kepada para pembaca. Rasa MAHU TAHU itu akan membuatkan pembaca akan terus mencari sumber-sumber yang lebih terperinci seperti buku-buku, laporan kajian, makalah dan sebagainya yang membincangkan tentang taktik jahat perancangan New World Order dan persediaan menghadapi kemunculan Dajjal. PSZ sedang menunggu kita. :)





1 ulasan/cadangan:

Siti Hasunah Mohammad said...

salam...err, link ntuk entri kedua tu silap..(sebab nak baca yang kedua dulu, tapi bila klik direct ke pengenalan --> entri pertama)..harap ditukar..syukran.

Post a Comment